MENGENAI KAMI

PENGENALAN


Pada mulamya Tateh Supply & Services diusahakan secara kecil kecilan oleh pemiliknya sendiri sejak tahun 2011. Dengan modal permulaan sebanyak RM5,000.00, beliau bertekat untuk menubuhkan Tateh Supply & Services pada 2015  dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.  Syarikat ini merupakan 100% kepunyaan bumiputera. Sebelum ini kami hanya menumpukan projek-projek daripada kontraktor utama yang mendapatkan tender dan sebut harga dari badan-badan kerajaan dan kini kami mengorak langkah untuk  menumpukan perkhimatan di sektor kerajaan, swasta dan perseorangan dengan keupayaan sendiri.


Kami beroperasi di daerah Pekan Pahang, dan kami menyediakan perkhidmatan dan bekalan sekitar Bandar Pekan dan Kuantan serta sekitar negeri Pahang yang lain.

Kami sentiasa memberi komitmen yang tinggi demi mencapai kualiti perkhidmatan yang terbaik. Fokus syarikat kami adalah menjurus kepada usaha memperbaiki tahap pencapaian perkhidmatan dan tempahan yang kami siapkan, agar mencapai  tahap kepuasan pelanggan kami.

OBJEKTIF


Mengembangkan dan memperbesarkan lagi empayar perniagaan ke peringkat lebih tinggi untuk memperkukuhkan kedudukan dan kestabilan syarikat dari segi pengurusan, kewangan dan perniagaan syarikat
Untuk menjadi salah sebuah syarikat bumiputera yang berkemampuan dan dipercayai dalam mengendalikan kerja-kerja atau projek-projek yang diberikan.

Mewujudkan peluang perniagaan kepada anak-anak tempatan bagi menggalakkan untuk mendapatkan pekerjaan